Martin Cooper (pereka)
Martin Cooper (pereka)

Martin Cooper (pereka)

Martin Cooper (lahir pada 1928 di Chicago, Illinois) diiktiraf sebagai bapa telefon bimbit (berbeza dari telefn kereta).[1] Cooper merupakan CEO dan pengasas ArrayComm, syarikat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelidik teknologi antena pintar dan memperbaik rangkaian tanpa wayar. Cooper juga merupakan Pengarah Korporat Penyelidikan dan Pembangunan Motorola. Martin Cooper menerima ijazah sarjana muda (Bachelor) dalam Kejuruteraan Elektrik pada 1950 dan ijazah sarjana (Master) pada 1957 dari Institut Teknologi Illinois.Pada 1995, Cooper menerima Anugerah Wharton Infosys Business Transformation atas sumbangan beliau dalam bidang rekacipta dan kommunikasi. Cooper juga merupakan seorang ahli Mensa.[2]Martin Cooper juga tersenarai dalam 10 Majikan Terbaik oleh majalah Red Herring.

Berkaitan